Info Putra Heights 2016

Jam tawaf pertama di Malaysia

Unik! Pusingan jarum minit dan saat mengikut tawaf Kaabah sekali gus menjadikan produk Hijra adalah yang pertama diketengahkan dalam pasaran Malaysia.

Tertarik dengan penjelasan pensyarah mengenai akhir zaman, mendorong empat sahabat mengambil inisiatif mencipta dan mengeluarkan jam tangan lawan arah berbanding sedia ada hanya mengikut arah.
Hijra Timepieces menerusi jenama Hijra menjadi satu-satunya pengeluar jam tangan lawan arah kepada pelanggan sejak enam bulan lalu selepas melalui proses Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) selama tiga tahun.
Laman sosial Facebook digunakan sebagai platform pemasaran dan jualan secara atas talian selain menggunakan khidmat lapan pengedar terlantik di seluruh Semenanjung Malaysia.
Enam bulan jaminan kerosakan
Pengurus Pemasaran dan Jualan Hijra Timepieces, Izham Fitri Ismail berkata, sambutan memberangsangkan daripada pelanggan membuatkan Facebook Hijra Timepieces mendapat hampir 20,000 Like.

Menurutnya, antara keistimewaan ditawarkan kepada pelanggan adalah dengan memberi tempoh jaminan kerosakan selama enam bulan bermula hari pembelian.

"Sekiranya terdapat kerosakan dalam tempoh tersebut, penggantian jam tangan baru akan diberikan selepas kerosakan dikenal pasti.

"Setiap produk yang dihantar secara pos akan dikenakan caj penghantaran. Bagi pelanggan di Semenanjung Malaysia RM7 manakala Sabah dan Sarawak RM10," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Puchong.

Sasar jualan cecah RM13,000

Izham berkata, jam tangan Hijra ditawarkan dalam dua segmen iaitu untuk lelaki dan wanita selain jam dinding.

Menurutnya, purata jualan dan tempahan direkodkan dalam masa sebulan mencecah 200 unit dengan jualan bersih sebanyak RM6,000.

"Penerimaan yang baik daripada pelanggan menjadikan kami lebih optimis dapat mencapai jualan sehingga RM13,000 bagi tahun 2013.

"Sekiranya syarikat ingin meningkatkan jualan, maka kami perlu memastikan stok sedia ada bagi semua segmen jam mencukupi," katanya.

Menurut Izham, kadangkala barang di-perlukan tidak mencu-kupi tambahan pula pengeluaran jam itu lebih sukar berbanding sedia ada.

Tembusi pasaran Indonesia

Menurut Izham, setakat ini masih tiada perancangan untuk menambah produk lain selain meningkatkan kualiti produk dari segi reka bentuk.

"Sehingga kini, terdapat lapan reka bentuk dan 16 jenis tali ditawarkan kepada pelanggan, malah syarikat masih tiada perancangan untuk menambah produk.

"Bagaimanapun, kami bercadang untuk membuka kedai dan tembusi pasaran luar dalam tempoh dua tahun khususnya Indonesia," katanya.
Dia berkata, selain itu, syarikat menyasarkan penambahan 22 pengedar menjelang penghujung 2013 bagi melengkapkan 30 kesemuanya.
0 Komentar untuk "Jam tawaf pertama di Malaysia"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top