Info Putra Heights 2016

Guru ijazah boleh naik gred tanpa temu duga

SEREMBAN – Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di bawah program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) akan dilantik terus ke Gred DG41 tanpa perlu menghadiri temu duga, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, guru berkenaan boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dikecualikan daripada proses temu duga.
 
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan calon guru yang berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas menamatkan pengajian juga akan dilantik terus tanpa proses temu duga sebagai guru pelatih mulai tahun depan.
Bulan lepas, beliau mengumumkan bahawa calon guru yang bakal dipilih ialah 30 peratus dalam kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam bidang perguruan.
 
Beliau berkata, seramai 2,960 orang kelompok pertama graduan institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang pendidikan sebelum 1 Julai, ditempatkan sementara oleh Kementerian Pelajaran mulai 16 Oktober.
Mereka akan ditemu duga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bermula hari ini hingga 6 Disember, katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2012 anjuran SPP di sini. – BERNAMA
0 Komentar untuk "Guru ijazah boleh naik gred tanpa temu duga"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top