Info Putra Heights 2016

Facebook murtad hina Islam dikesan

Kumpulan dari Malaysia, Singapura sokong LGBT

Putrajaya: Sebuah akaun Facebook gerakan murtad yang mendakwa sebagai komuniti Islam murtad di Malaysia dan Singapura dikesan dibuka pada 28 Oktober lalu.
Ahli sokong LGBT


Akaun berkenaan yang menggunakan nama 'Murtads in Malaysia and Singapore' memuat naik pelbagai kenyataan yang menghina umat Islam dan Rasulullah SAW, selain beberapa gambar menyokong budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Miliki 125 pengikut

Akaun berkenaan yang menerima 125 likes turut menjadi medan penyokong melemparkan kata kesat yang menghina serta memperkecilkan agama Islam.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan, penyokong kumpulan itu mempersoalkan kewujudan alam semesta ciptaan Allah SWT dan ajaran al-Quran yang mendahului sains, selain menyifatkan Islam sebagai satu ideologi.
Bagaimanapun, ada beberapa pemegang akaun Facebook membantah keras kenyataan mereka disifatkan berbaur kesesatan dan mengajak mereka kembali kepada ajaran Islam.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan, akaun Facebook dengan nama yang sama pernah dibuka namun, ditutup selepas dipercayai digodam sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Dragon Force.

Facebook berkenaan dibuka awal tahun ini bertujuan meraih sokongan masyarakat dengan penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini.
0 Komentar untuk "Facebook murtad hina Islam dikesan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top