Info Putra Heights 2016

Dua paderi tua bergaduh, satu telinga putus

PERTH: Seorang paderi bersara putus telinga selepas bergaduh dengan seorang lagi bekas paderi.
Paderi Thomas Byrne, 80, menyuruh Paderi Thomas Smith, 81 mengambil sendiri 'kulitnya' dan masukkan ke dalam poket selepas mereka bertengkar kelmarin, kata polis.

Mahkamah Majistret Perth Timur diberitahu, Smith hanya sedar kulit itu adalah cuping telinganya yang putus selepas kembali ke rumah dan mengeluarkannya dari poketnya.

Byrne dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membahayakan orang lain berhubung pergaduhannya dengan Smith.

Kedua-duanya tinggal di rumah persaraan bersama seorang lagi paderi bersara.

Mahkamah diberitahu, kedua-dua paderi itu berkelahi kerana berebut tempat meletak kereta.

Menurut polis, Smith mengambil masa untuk menyedari bahawa telinganya digigit hingga putus.

Dia kini berada di hospital selepas menjalani pembedahan untuk menyambungkan telinganya. - AP

0 Komentar untuk "Dua paderi tua bergaduh, satu telinga putus"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top