Info Putra Heights 2016

Diskaun 20%: 2,962 peminjam PTPTN bayar penuh

KUALA LUMPUR — Seramai 2,962 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah membuat bayaran balik sepenuhnya berikutan tawaran diskaun 20 peratus yang diumumkan pada Belanjawan 2013 bagi tempoh 1 Oktober hingga 30 Oktober tahun ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, jumlah pembayaran balik itu melibatkan pinjaman sebanyak RM15 juta.
 
"Daripada jumlah itu, seramai 191 peminjam adalah dalam kategori senarai hitam dengan bayaran balik berjumlah RM1.2 juta," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang ingin tahu mengenai sambutan peminjam PTPTN terhadap tawaran diskaun 20 peratus itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini
0 Komentar untuk "Diskaun 20%: 2,962 peminjam PTPTN bayar penuh"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top