Info Putra Heights 2016

Direktori kukuhkan hab halal Malaysia

PUTRAJAYA 6 Nov. - Direktori Industri Halal Malaysia yang dilancarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini disifatkan sebagai satu usaha untuk terus memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab halal di peringkat serantau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, direktori itu adalah sebagai bahan rujukan tambahan kepada masyarakat tempatan dan luar negara.
 
Sebelum ini, katanya, Jakim telah melancarkan direktori seumpama itu tetapi secara dalam talian.
Beliau berkata, buku yang mengandungi lebih 1,000 syarikat tempatan itu akan menjadi direktori rasmi Jakim dalam usaha mempromosikan kepakaran negara sebagai hab halal.
 
''Usaha ini mampu memenuhi kehendak syarikat-syarikat luar negara yang ingin melihat satu pendekatan mudah dan tepat bagi mengenal pasti premis, produk dan perkhidmatan yang memperolehi sijil halal di negara ini.
''Jakim juga akan memastikan direktori itu sentiasa dikemaskini sama ada secara bulanan atau tahunan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran direktori itu di sini.
0 Komentar untuk "Direktori kukuhkan hab halal Malaysia"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top