Info Putra Heights 2016

Badrulamin disiasat

SHAH ALAM: Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrulamin Bahron tetap disiasat atas dakwaan mengembangkan ajaran Aurad Muhammadiah dan menghidupkan semula pertubuhan al-Arqam yang diharamkan walaupun dia menafikan menjadi pengikut pertubuhan itu.
Sumber Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, Badrulamin yang juga pendakwah bebas disiasat mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana kehadirannya dalam program di Rawang itu secara tidak langsung menunjukkan sokongannya terhadap kumpulan itu.

"Kenyataan Badrulamin dan 19 yang lain yang ditahan sudah direkodkan sebelum dibebaskan dengan jaminan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Menurut sumber itu, Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin dijangka mengadakan sidang media berhubung kes berkenaan Isnin ini kerana memerlukan masa secukupnya untuk melakukan siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan antara individu yang ditahan ialah ahli lembaga pengarah beberapa syarikat. "Kira-kira 20 anggota polis diarahkan untuk membantu anggota penguatkuasa Jais bagi mengelak dari berlakunya kekecohan atau insiden yang tidak diingini," katanya, di sini, semalam. Tun Hisan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penahan individu terbabit kerana semua mereka ditahan di bawah Enakmen Syariah Selangor yang juga di bawah bidang kuasa Jais untuk menjalankan siasatan.
0 Komentar untuk "Badrulamin disiasat "

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top