Info Putra Heights 2016

5 aplikasi iPad 2

BAGI yang berangan-angan memiliki iPad 2, mari kita selongkar ciri-ciri unik gajet ini yang cukup popular terutama di kalangan generasi muda. Memiliki iPad 2 pasti meletakkan anda dalam kumpulan elit peminat gajet.




YOU GOTTA SEE THIS
RAKAM aksi menarik menggunakan kamera dalam aplikasi ini serta kongsi gambar unik dan menakjubkan di laman Twitter, Facebook atau melalui e-mel. Aplikasi ini dianggap terbaik untuk merakamkan gambar dengan teknologi mesra pengguna. Selain itu, ia dapat menentukan orientasi kamera apabila anda merakam dan gambar lebih unik jika dihiasi collages atau hiasan grafik istimewa. [Link]

SKY NEWS
MEMBACA dan menonton berita dari perspektif yang berbeza dan merangkumi berita dari seluruh dunia. Sesuai untuk mereka yang tidak banyak mempunyai masa dan boleh digunakan di mana saja asalkan ada capaian internet. [Link]

INFINITY BLADE
PADA awalnya, aplikasi ini dibuat untuk iPhone, namun permainan video Infinity Blade dipertingkatkan untuk iPad 2. Malah aplikasi ini lebih menarik di iPad 2 berbanding dengan iPad dan iPhone.

Permainan aksi pertempuran 3D ini mudah untuk dimain dengan hanya menyentuh paparan menggunakan jari untuk menyerang, menangkis atau mengelak. [Link]

GARAGE BAND
INGIN berlagak seperti pemain muzik handalan. App ini disyorkan kerana ia bakal memberi kepuasan berbeza kepada pencinta muzik.

PEN ULTIMALET
JIKA anda mempunyai idea bernas, anda boleh menulisnya dengan pantas melalui aplikasi ini. Apa yang menarik, anda hanya menulis menggunakan jari (atau stylus). Tidak seperti aplikasi nota yang lain, di mana anda perlu menaip tetapi aplikasi ini menjadikan seolah-olah anda sedang menulis dalam buku
0 Komentar untuk "5 aplikasi iPad 2 "

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top