Info Putra Heights 2016

Toyota labur RM30 juta

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (Toyota) melaburkan RM30 juta bagi membuka pusat membaiki badan dan cat di Hab Kualiti Bersepadu (IQH), Bukit Raja, Klang.

Presidennya, Datuk Ismet Suki berkata, pusat itu telah beroperasi sejak Mei lalu. Toyota turut membelanjakan RM280 juta bagi membuka IQH lain yang dilancarkan sejak setahun lalu.

"Pembukaan pusat badan dan cat itu akan menguatkan lagi komitmen kami untuk menawarkan produk berkualiti dan perkhidmatan, sekali gus memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.

"Pusat tersebut juga direka dengan persekitaran mesra alam yang memenuhi keperluan alam sekitar bagi meningkatkan perkhidmatan selepas jualan dengan kerja pembaikan yang berkualiti dalam tempoh singkat," katanya ketika melancarkan pusat badan dan cat di Klang, semalam.

Menurutnya, pusat itu mempunyai keluasan 2.16 hektar, terdapat 42 ruang kerja dan empat bengkel cat, serta mampu menampung kapasiti 6,150 unit kenderaan setahun.

Katanya, Toyota turut memindahkan operasi perkhidmatan badan dan cat di Sungai Rasah, Klang, bagi menampung permintaan selepas jualan yang tinggi di sekitar Klang dan Shah Alam, sekali gus menawarkan kemudahan dan peralatan yang lebih baik.  

Sejak tahun lalu, Toyota telah membelanjakan RM1 bilion sehingga 2013 seperti pelan pembangunan syarikat dan pemindahan cawangan di seluruh negara.
0 Komentar untuk "Toyota labur RM30 juta"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top