Info Putra Heights 2016

Tertidur di Norway, terjaga di Sweden

Oslo: Seorang lelaki Norway terkejut apabila terjaga dari tidur dan menemui dirinya berada di Gothenburg, Sweden.

Lelaki terbabit ditemani dua wanita dan membuat keputusan tidur dalam kereta kerana mabuk. Apabila terjaga, dia mendapati kenderaannya dicuri.
Akhbar Sweden, Gteborgs-Posten melaporkan, lelaki 50 tahun itu mulanya bercadang berehat seketika tetapi terlelap.

Dua wanita berusia dalam lingkungan 30-an mengambil kesempatan mencuri keretanya.

Beberapa jam kemudian, lelaki itu terperanjat apabila mendapati dia berada di stesen kereta api Gothenburg selepas terjaga dari tidur. Dia terus menghubungi polis untuk melaporkan kecurian kenderaannya. Pihak berkuasa menyediakan tempat untuknya bermalam.

Lelaki itu kemudian pulang ke Norway keesokan hari. Dalam perjalanan ke stesen kereta api bersama anggota polis, dia ternampak keretanya yang dicuri.

Polis menahan dua suspek wanita yang berada dalam kereta dan membawa mereka ke balai untuk menjalani beberapa ujian, kerana mengesyaki mereka memandu dalam keadaan mabuk.
Polis tidak mengulas kejadian berkenaan sehingga selepas suspek disoal siasat tetapi mengesahkan kereta itu didaftarkan di Norway.

Polis juga mendapati beberapa barangan disyaki dicuri dalam kereta itu. Selepas beberapa jam, kunci kereta diserahkan kepada lelaki itu untuk pulang ke Oslo.
0 Komentar untuk "Tertidur di Norway, terjaga di Sweden"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top