Info Putra Heights 2016

Sepanyol teratas ranking FIFA, Argentina, Colombia turut naik

ZURICH: Sepanyol menduduki takhta kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) manakala pasukan benua Amerika Selatan turut berada dalam kelompok 10 teratas selepas kelayakan Piala Dunia 2014 bulan lalu.

Juara Piala Dunia itu menduduki kelompok Eropah iaitu 1-2-3 termasuk Jerman dan Portugal yang mendaki satu anak tangga.
Argentina pula turun dua anak tangga kepada kelima dan Belanda naik dua anak tangga kepada enam keseluruhan.

Itali dan Uruguay mengekori selepas jatuh dua anak tangga manakala Greece naik satu anak tangga bagi melengkapkan kelompok 10 teratas.

Ivory Coast pula mendahului negara benua Afrika apabila berada di tangga ke-16 manakala Mexico di tangga ke-19 diikuti Amerika Syarikat di tempat ke-32.

Sementara itu, Jepun mendahului barisan benua Asia dengan meniti di tangga ke-23 dunia.
0 Komentar untuk "Sepanyol teratas ranking FIFA, Argentina, Colombia turut naik "

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top