Info Putra Heights 2016

Saya mahu pingat ke-3: Aidil

Kuala Lumpur: Seperti Hairuddin Omar, seorang lagi pemain Tentera, Aidil Zafuan Abdul Radzak juga memasang impian sama dalam penampilan final kali keempat berturut-turut musim ini untuk cuba membantu pasukan menjadi kelab kedua menjulang Piala Malaysia selepas dilakukan MPPJ pada 2003.

Dalam tempoh tiga tahun itu, Aidil meraih dua kejuaraan ketika bersama pasukan negeri kelahirannya, Negeri Sembilan pada 2009 dan 2011 tetapi impian melakar kejuaraan hatrik seperti diraih Hairudin pada 2010 gagal selepas tewas 2-1 kepada pasukan rakan sepasukannya ketika itu, Kelantan.
Ini adalah perlawanan akhir keempat berturut-turut saya. Saya akan cuba akan memberi kesungguhan 100 peratus pada perlawanan akhir nanti dan berharap rezeki akan lebih memihak kepada saya.
Memang kecewa apabila sepakan penalti saya tidak masuk (menentang Lions XII di separuh akhir). Jadi pada perlawanan akhir ini, saya mahu tebus balik kesilapan saya ketika sepakan penalti itu, katanya yang juga tonggak pertahanan skuad kebangsaan.
Aidil (kiri) dan pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha akan berentap di pentas final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Juara Liga Perdana itu layak ke final selepas mengetepikan cabaran pasukan Singapura, Lions XII 5-4 pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 secara agregat.

Bagaimanapun, pasukan kendalian B Sathianathan itu akan kehilangan khidmat Irwan Fazli Idrus manakala lawan mereka, Kelantan pula bakal turun tanpa dua tonggak utama, Mohammed Ghaddar dan Norfarhan Mohammad selepas kesemua mereka mengutip dua kad kuning ketika aksi separuh akhir.

Ia akan menjadi penampilan sulung buat Aidil dan kembarnya Zaquan Adha Abdul Radzak bersama pasukan luar selepas melakukannya dalam tiga penampilan sebelum ini bersama Negeri Sembilan.
Lebih menarik, Tentera adalah pasukan yang bertanggungjawab melenyapkan impian skuad Hobin Jang Hobin mara ke final apabila dikecewakan pada saingan suku akhir.
0 Komentar untuk "Saya mahu pingat ke-3: Aidil"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top