Info Putra Heights 2016

Saman fitnah Nizar terhadap TV3 2 Januari

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 2 Januari depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM50 juta yang difailkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).
Hakim Datuk Yeoh Wee Siam menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohd. Fitri Asmuni yang mewakili Mohammad Nizar dan peguam Lim Qi Si mewakili pihak TV3.
 
Qi Si, ketika ditemui pemberita memberitahu beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk meneruskan perbicaraan kes itu walaupun Mohammad Nizar bersedia untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah.
Mahkamah turut menetapkan 10 Disember untuk pengurusan kes tersebut.
Mohammad Nizar memfailkan saman itu terhadap TV3 kerana menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000
0 Komentar untuk "Saman fitnah Nizar terhadap TV3 2 Januari"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top