Info Putra Heights 2016

Pinjaman perumahan: Cuepacs mahu runding dengan bank

KUALA LUMPUR - Cuepacs berhasrat mengadakan rundingan secara komprehensif dengan institusi kewangan yang bakal dilantik mengurus pinjaman perumahan penjawat awam.
   
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng dalam kenyataan hari ini berkata, rundingan itu, yang tidak dinyatakan tarikhnya, adalah bagi menjaga kepentingan dan kebajikan penjawat awam.
   
"Kebimbangan pekerja adalah syarat-syarat pinjaman perumahan yang dikenakan institusi kewangan lebih ketat dan fokus kepada keuntungan.
   
"Manakala kerajaan yang sebelum ini menguruskan pinjaman itu lebih memberi keutamaan dengan membantu pekerja memperoleh rumah dengan tidak membebankan dan menyusahkan mereka," katanya dalam kenyataan itu.
   
Kerajaan, dalam Bajet 2013 yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini, mencadangkan bahawa Skim Pinjaman Perumahan Sektor Awam yang diuruskan Bahagian Pinjaman Perumahan, akan dipinda ke bank-bank, untuk menguruskan semua pinjaman itu.
   
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, setakat ini empat bank komersil terbesar tempatan bersetuju bekerjasama dengan kerajaan menawarkan skim pinjaman perumahan kepada penjawat awam.
0 Komentar untuk "Pinjaman perumahan: Cuepacs mahu runding dengan bank"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top