Info Putra Heights 2016

Peruntukan RM13 juta wujud 645 prasekolah di Kelantan

PASIR PUTEH - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM13.6 juta untuk mewujudkan 645 prasekolah percuma di Kelantan pada tahun ini.
   
Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan Hussain Awang berkata peruntukan itu termasuk membina bilik darjah, makanan dan peralatan mengajar membabitkan 15,645 murid berumur dari 5 hingga 6 tahun.
   
Berucap pada majlis penutup program tunas prasekolah peringkat negeri Kelantan di sini hari ini, beliau berkata peningkatan murid prasekolah memberangsangkan iaitu daripada 12,397 orang pada 2009 kepada 13,018 pada 2010 dan 14,397 (2011) serta 15,645 tahun ini.
   
Beliau berkata jabatan itu berusaha menyediakan lebih banyak lagi kemudahan untuk membolehkan lebih ramai murid didaftarkan di prasekolah.
0 Komentar untuk "Peruntukan RM13 juta wujud 645 prasekolah di Kelantan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top