Info Putra Heights 2016

PERODUA tawar kereta murah untuk pelajar IPT

Kuala Lumpur: Tawaran program pemilikan kereta terbaru Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) kepada pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, tidak termasuk dalam pakej pembelian kereta tanpa bayaran pendahuluan.

Pakej promosi istimewa 'What's Up Graduates' itu memberikan peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir untuk memiliki kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan, bergantung kepada pinjaman bank yang ditawarkan institusi kewangan.
Taja kelas memandu

Pengarah Jualan dan Pemasaran PERODUA, Zahari Husin, berkata pakej itu turut termasuk tajaan kelas belajar memandu bernilai RM1,000, perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 dan diskaun 50 peratus bagi servis asas selama dua tahun di 170 pusat servis PERODUA di seluruh negara.

"Tawaran ini terbuka untuk pembelian semua kereta model PERODUA, tetapi ia tidak termasuk dalam pakej pembelian kereta tanpa bayaran pendahuluan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menerusi tawaran bermula 10 Oktober lalu dan akan berakhir 31 Mac 2013, pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar serta membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA.

Bayaran serendah RM299 sebulan itu hanya ditawarkan untuk bayaran bulanan bagi tahun pertama saja dan bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehingga habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji.
1 Komentar untuk "PERODUA tawar kereta murah untuk pelajar IPT"

Hello,
selamat datang ke GLOBAL FINANCE LIMITED, kami adalah salah satu syarikat-syarikat pinjaman persendirian yang terkemuka di seluruh dunia. Kami telah teguh dan selama ini telah membangunkan rekod Pemahaman yang baik terhadap keperluan anda, kami komited untuk melayan pelanggan dengan adil dan menawarkan perkhidmatan profesional kepada keperluan pinjaman anda. prosedur kami direka untuk kemudahan anda untuk menawarkan produk yang sesuai dengan keadaan anda, formaliti dikurangkan ke tahap minimum, kami telah membantu pelanggan mengubah dan memperbaiki kehidupan mereka selama lebih 20 tahun dan kita benar-benar bebas, kita berada dalam kedudukan yang unik pelbagai jenis pinjaman untuk semua jenis perniagaan dan individu. Matlamat kami adalah untuk memenuhi keperluan kewangan anda dan kepuasan adalah sangat penting bagi kami. Oleh itu, kita perlu menyediakan pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%, sila hubungi kami hari ini untuk penyelesaian pinjaman anda melalui e-mel: emilianawilson11@gmail.com

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top