Info Putra Heights 2016

Penyamun terlepas raket Chong Wei

PUCHONG - Jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei kerugian hampir RM30,000 apabila syarikat pembinaan miliknya di Bandar Puteri di sini dipecah masuk sekumpulan penyamun semalam.
 
Kejadian pecah masuk syarikat Chong Wei Bina Jaya Sdn. Bhd. pada pukul 9 pagi itu disedari seorang pekerja yang baru tiba di pejabat apabila mendapati pintu gril dan pintu utama telah terbuka.
 
Bagaimanapun Pengarah Urusan syarikat berkenaan yang juga abang Chong Wei, Lee Chong Hoon, 38, berkata, adiknya tetap lega apabila raket yang digunakannya ketika menjuarai Kejohanan Seluruh England pada 30 Januari tahun lalu tidak dilarikan.
Raket tersebut telah dibida oleh seorang individu dengan harga RM74,000. Hasil bidaan itu akan didermakan kepada mangsa tsunami di Jepun.
Chong Hoon menjelaskan, dia bergegas ke pejabat tersebut setelah dimaklumkan oleh pekerja berkenaan mengenai kejadian itu
0 Komentar untuk "Penyamun terlepas raket Chong Wei"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top