Info Putra Heights 2016

Pelanggan UniFi kempunan tonton bola

KUALA LUMPUR - Harapan para pelanggan perkhidmatan jalur lebar UniFi untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertukar hampa apabila mereka sekadar melihat skrin kosong di televisyen masing-masing.
Telekom Malaysia (TM) selaku pengendali UniFi, tidak dapat menayangkan perlawanan secara langsung itu di saluran TV1 menerusi HyppTV kerana tidak mempunyai hak penyiaran.
Pelanggan hanya diberi notis berbunyi:
 
'HyppTV memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2012 kerana tidak mempunyai hak penyiaran'.
 
Usaha untuk mendapatkan reaksi pihak pengurusan TM bagaimanapun tidak berjaya.
UniFi yang beroperasi sejak dua tahun lalu, kini mempunyai lebih 400,000 pelanggan di seluruh negara.
2 Komentar untuk "Pelanggan UniFi kempunan tonton bola"

kesian kepada pelanggan

di harap musim baru tidak terjadi macam ini lah yea

putraheights.org
delete

apa salahnya kalau ada khidmat masyarakat sikit kan. Pihak yg dapat kontrak penyiaran tuh bagi je le utk semua org tgk sebab stadium sudah pasti penuh kan.

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top