Info Putra Heights 2016

PBSNT buka pintu untuk Hai-O kembali ke pangkuan Penyu

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedang berunding dengan ketua pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hairuddin Omar untuk kembali menyarung jersi skuad Penyu musim depan.
Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata Hairuddin atau lebih mesra dengan panggilan Hai-O adalah antara beberapa pemain yang didekati PBSNT bagi memantapkan skuad itu.
"Selaku anak Terengganu, kita mengharapkan dia (Hairuddin) pulang menabur bakti kepada negeri setelah begitu lama beliau berhijrah. Itupun kalau dia setuju," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Marzuki yang dilantik meneraju PBSNT menggantikan Datuk Che Mat Jusoh, berkata setakat ini rundingan dengan Hairuddin menunjukkan respons positif.

Anak kelahiran Setiu itu sebelum ini dilapor media menyatakan hasrat untuk kembali ke Terengganu.

Hairuddin pernah membantu beberapa pasukan menjuarai Piala Malaysia termasuk Terengganu pada 2001, Kelantan (2010) serta Negeri Sembilan pada 2009 dan 2011.

Ahad ini beliau akan memimpin ATM berdepan Kelantan pada final Piala Malaysia musim ini.

Sementara itu, Setiausaha Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (Peteh) Wan Mohd Azmi Wan Ngah menyifatkan perkara tersebut sebagai satu perkembangan baru dalam pentadbiran PBSNT.

Beliau berkata keterbukaan itu mengambarkan PBSNT ikhlas dan inginkan anak Terengganu berkenaan kembali mencurah bakti di negeri sendiri.
0 Komentar untuk "PBSNT buka pintu untuk Hai-O kembali ke pangkuan Penyu"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top