Info Putra Heights 2016

MAIK siasat imam tidak baca teks khutbah yang disediakan

KOTA BAHARU 28 Okt. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan menyiasat dakwaan ada imam atau khatib yang tidak membaca teks khutbah yang diedarkannya termasuk khutbah khas Aidiladha tahun ini.
 
Setiausaha MAIK, Che Mat Che Muda berkata, pihaknya akan mengambil tindakan jika mereka yang dilantik oleh MAIK itu ingkar arahan dengan sengaja tidak membaca teks khutbah yang disediakan.
 
Kebiasaannya MAIK mengeluarkan teks khutbah khas untuk Aidilfitri dan Aidiladha yang disahkan Pengerusi Jawatankuasa Panel Khutbah yang juga Mufti Kelantan dan diedarkan kepada masjid di bawah pentadbirannya untuk dibaca kepada jemaah, katanya di sini hari ini. - BERNAMA
0 Komentar untuk "MAIK siasat imam tidak baca teks khutbah yang disediakan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top