Info Putra Heights 2016

Ki-Moon 'cemburu' kejayaan Psy

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon terpaksa mengakui kelmarin popularitinya sebagai warga Korea Selatan paling terkenal di dunia diketepikan oleh penyanyi rap negara itu, Psy.
Psy, 34, mencipta nama menerusi lagu Gangnam Style.
Ki-Moon berkata, beliau merasakan dirinya kini dibayangi Psy yang terkenal dengan aksi menari tarian kuda.
"Saya sedikit cemburu. Dua hari lalu seseorang memberitahu, saya merupakan orang Korea Selatan paling terkenal di dunia. Kini, saya harus melepaskannya," ujar Ki-Moon.
 
Ki-Moon turut diajar menari tarian kuda semasa lawatan Psy ke pejabat PBB kelmarin.
Bintang popular tersebut juga memuji pemimpin PBB berusia 68 tahun itu.
"Jadi kini terdapat warga Korea Selatan pertama dan kedua paling terkenal di dalam bangunan yang sama.
"Dia berkata telah menonton video saya, dia juga mengira jumlah tontonan video saya" kata Psy.
Muzik video Gangnam Style kini ditonton lebih 530 juta kali sejak dimuat naik di laman perkongsian video YouTube pada Julai lalu
0 Komentar untuk "Ki-Moon 'cemburu' kejayaan Psy"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top