Info Putra Heights 2016

Jerman hampir diaibkan

BERLIN - Sweden bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Jerman 4-4 pada aksi Kumpulan C kempen kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Olimpik di sini awal pagi semalam.
 
Keputusan seri itu turut melebur- kan rekod kemenangan seratus peratus Jerman pada kempen kelaya- kan kali ini.
Pada perlawanan tersebut, Miroslav Klose meletakkan pasukan tuan rumah di depan seawal minit kela- pan sebelum menggandakan jaringan tujuh minit kemudian.
Pemain pertahanan Arsenal, Per Mertesacker menjadikan kedudukan 3-0 (ke-39) sebelum pemain tengah Real Madrid, Mesut Özil menjaringkan gol keempat Jerman pada minit ke-55.
Begitupun, keceriaan Jerman tidak bertahan lama apabila ketua pasukan Sweden, Zlatan Ibrahimovic menanduk masuk hantaran lintang Kim Kallstrom pada minit ke-62.
 
Mikael Lustig menambah gol kedua Sweden (ke-64) sebelum Johan Elmander menjadikan kedudukan 3-4 (ke-76) sebelum Rasmus Elm mengecewakan pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir permainan.
"Saya berasa bangga dengan pencapaian yang lakar para pemain di sini (Berlin)," kata jurulatih Sweden, Erik Ham- rén.
"Bolehkah anda percaya dengan kebangkitan Sweden selepas ketinggalan 0-3 pada babak pertama?
"Tidak, saya pasti tidak ada siapa- pun yang mampu menjangkakannya."
 
Dalam pada itu, Ibrahimovic berkata, prestasi Jerman mula merudum selepas dia meledak gol pada minit ke-62.
"Kami menggunakan strategi yang berbeza pada separuh masa kedua.
"Kami berasa sangat takut dan terlalu memberikan penghormatan kepada mereka pada babak pertama.
"Namun, selepas menjaringkan gol pertama, saya dapat rasakan mereka (Jerman) semakin lemah dan kurang melakukan serangan," katanya
0 Komentar untuk "Jerman hampir diaibkan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top