Info Putra Heights 2016

Janet Jackson Peluk Islam.

Penyanyi antarabangsa, Janet Jackson dilaporkan telah memeluk Islam dan bakal berkahwin dengn seorang jutawan yang berasal dari Qatar.
 
Menurut laporan alarabia.net, adik kepada Micheal Jackson ini bersama tunangnya, Wissam Al Mana akan melangsungkan perkahwinan mengikut cara Islam di Doha, Qatar pada tahun hadapan.
 
Selain itu, perkahwinan tersebut dilaporkan akan menelan belanja 20 juta dollar (RM60juta) dan menjadi antara majlis perkahwinan paling mewah serta bersejarah pada abad ini.
 
Janet dan Wissam dikatakan akan mengundang 500 orang tetamu yang diterbangkan khas dari seluruh dunia dengan menggunakan pesawat peribadi.
 
Mereka juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati perkahwinan kepada para tetamu.
 
Janet telah menjalin hubungan bersama Wissam yang berumur 10 tahun lebih muda daripadanya sejak tahun 2010 lagi.
 
Walaubagaimanapun, Janet memilih untuk merahsiakan status agamanya daripada pengetahuan para peminat.
 
 
0 Komentar untuk "Janet Jackson Peluk Islam. "

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top