Info Putra Heights 2016

Jadikan rumah lebih murah

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menimbangkan untuk membiayai kos infrastruktur bagi membolehkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah di bawah harga pasaran, kata Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Perdana Menteri berkata, beliau telah meminta Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) supaya berbincang dengan pemaju swasta untuk menyediakan model kedua pembinaan lebih banyak rumah mampu milik.
 
"Kita boleh mengadakan perjanjian sedemikian. Kita (kerajaan) akan menyediakan jumlah tertentu bagi kos infrastruktur dengan syarat pemaju swasta membina rumah yang lebih rendah harganya berbanding harga pasaran," katanya.
0 Komentar untuk "Jadikan rumah lebih murah"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top