Info Putra Heights 2016

Honda EX5 Dream motosikal istimewa

 SEJAK pelancaran pada 1987, motosikal kapcai melalui Honda EX5 masih menjadi kegilaan masyarakat tempatan hingga ia mencatat jualan tertinggi dalam sejarah negara.
Sebut saja model itu, ia diibaratkan model ikonik dari jenama Honda hingga menjadi legenda di kalangan penduduk di kampung dan ibu kota.
Selepas 25 tahun berlalu, Honda�EX5 yang kini dikenali Honda�EX5 Dream masih kekal sebagai model paling diminati apabila mencatat jualan hingga 1.9�juta unit. Honda EX5 Dream adalah motosikal yang mempunyai keistimewaan termasuk ketahanan, fungsinya yang mudah dan jimat minyak.

Bagi menyegarkan identitinya, �Honda EX5 Dream diperkenalkan imej baru dengan warna kelabu baru yang tersendiri.

Warna kelabu adalah tambahan kepada sedia ada iaitu ungu, merah dan biru selain dipadankan grafik baru untuk memberi sentuhan terunggul kepada Honda EX5 Dream.
DIMINATI...Honda EX5 Dream.
Ia dijual pada RM3,999.40 untuk jenis penghidup tendang dan RM4,269.40 untuk penghidup elektrik.

Boon�Siew�Honda juga menawarkan jaminan setahun atau 12,000 kilometer bagi setiap pembelian Honda EX5 Dream.
0 Komentar untuk "Honda EX5 Dream motosikal istimewa"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top