Info Putra Heights 2016

Celcom, PDRM jalin perkongsian pintar

CELCOM Axiata Berhad menjalinkan memorandum persefahaman (MoU) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan rangkaian, dengan memperkenalkan pelan suara terbaru di bawah Celcom First khusus bagi kakitangan polis.

Perkongsian pintar akan melihat Celcom mengembangkan keupayaan rangkaian melalui perkongsian laman telekomunikasi PDRM di seluruh negara beri akses PDRM ke laman Celcom yang dikenal pasti dengan pemasangan peralatan komunikasi polis yang berdedikasi.

Kerjasama itu akan membolehkan Celcom mengekalkan dan meningkatkan rangkaian di seluruh negara melalui pemasangan peralatan penghantaran berhampiran balai polis di bandar dan luar bandar bagi mengurangkan isu vandalisme dan kecurian peralatan.
Cara PDRM dalam meningkatkan kecekapan dan mobiliti pasukan polis

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, kerjasama itu mercu tanda kerjasama strategik bagi membuktikan komitmen dan keupayaan sebagai pembekal telekomunikasi terkemuka di negara ini, sekali gus satu langkah untuk PDRM dalam meningkatkan kecekapan dan mobiliti pasukan polis.

"Perjanjian infrastruktur bersama PDRM janjikan penjimatan kos dan lebih cekap pengurusan kedua-dua pihak dalam meningkatkan operasi masing-masing.

"Selain itu, PDRM turut berpeluang guna perkhidmatan lain seperti pengawasan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), jalur lebar, kamera pasang kenderaan polis, armada dan aset pengurusan pengesanan serta lokasi berasaskan perkhidmatan (LBS)," katanya.
0 Komentar untuk "Celcom, PDRM jalin perkongsian pintar"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top