Info Putra Heights 2016

Bayi maut tersedak susu

Kuala Lumpur: Seorang bayi berusia sebulan maut dipercayai tersedak susu manakala seorang kanak-kanak berumur dua tahun lima bulan meninggal dunia akibat tercekik buah anggur dalam dua kejadian berasingan di Johor dan Perak.

Dalam kejadian di Taman Perling, Johor Bahru jam 8 pagi semalam, pengasuh bayi berusia sebulan itu mendapati hidung bayi itu berdarah selepas memberinya susu untuk menidurkannya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai, berkata selepas menyiapkan tugasan rumah, pengasuh itu mendapati bayi terbabit mengalami pendarahan hidung dan membawanya ke klinik berdekatan namun disahkan meninggal dunia.

Ibu bapa bayi itu yang bekerja di Singapura menghantar bayi mereka ke rumah penjaga terbabit sejak jam 8 malam kelmarin. Setakat ini polis mengkelasifikasikan kes itu kematian mengejut.

Sementara itu, di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, Ipoh, seorang kanak-kanak lelaki, Tahseem Shahriar Mohammad, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), selepas tercekik buah anggur di rumahnya di Kondominium Raya Ria di sini jam 10 malam kelmarin.

Seorang anggota keluarga yang enggan dikenali berkata, Tahseem Shahriar dikatakan memakan buah anggur bersama ibunya yang menyuapnya.
0 Komentar untuk "Bayi maut tersedak susu"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top