Info Putra Heights 2016

Bangunan HSBC dikosongkan ekoran panggilan bom palsu

KUANTAN — Bangunan lima tingkat HSBC di Jalan Mahkota di sini dikosongkan semalam atas arahan polis setelah seorang kerani sebuah firma guaman di bangunan berkenaan menerima panggilan bahawa terdapat sebutir bom di situ.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abd Aziz Ahmad berkata kerani berkenaan, Balendran Chong, yang menerima panggilan itu pada 4.15 petang kemudian terus menghubungi pihak polis.
 
"Sebaik menerima panggilan sepasukan unit pemusnah bom, dibantu oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat serta 20 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bergegas ke tempat kejadian.
 
"Namun setelah dua jam melakukan operasi mencari dan mengesan, polis tidak menemui sebarang bom dan mengesahkan panggilan tersebut adalah palsu," katanya kepada pemberita selepas ditemui di tempat kejadian.
 
Abd Aziz berkata menurut kerani tersebut panggilan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Chandran.
Katanya, kira-kira 100 orang pekerja di bangunan yang menempatkan beberapa pejabat itu dibenarkan kembali bertugas selepas polis mengesahkan tempat itu selamat pada 6.00 petang
0 Komentar untuk "Bangunan HSBC dikosongkan ekoran panggilan bom palsu"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top