Info Putra Heights 2016

Ahli Parlimen Sabak Bernam dipenjara, denda

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya, Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.
Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
 
Dalam penghakimannya, Akhtar berkata, Abdul Rahman menghadapi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar sementara Rosli pula didakwa bersubahat melakukan kesemua kesalahan itu.
Beliau berkata, peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpenting dalam kes itu iaitu Mohd. Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.
0 Komentar untuk "Ahli Parlimen Sabak Bernam dipenjara, denda"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top