Info Putra Heights 2016

3,013 tandatangan setuju jual beli rumah

KUALA LUMPUR - Seramai 3,013 orang menandatangani perjanjian jual beli Projek Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL) menerusi Skim Pembiayaan Khas yang dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (SPWP).
 
Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Datuk Mohd. Idris Mohd. Isa berkata, mereka adalah antara 4,505 orang yang diberi surat tawaran membeli unit rumah PPR MTEN dan PA DBKL.
 
"Daripada jumlah itu, seramai 227 menolak tawaran pembiayaan SPWP kerana mahu membeli secara tunai manakala 1,120 lagi belum menyerah kembali surat tawaran," katanya pada taklimat SPWP di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Roslan Hassan.
0 Komentar untuk "3,013 tandatangan setuju jual beli rumah "

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top