Info Putra Heights 2016

Sekolah buat soalan sendiri

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Mulai tahun depan, semua soalan peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibuat sendiri oleh pihak sekolah dan bukan lagi disediakan jabatan pelajaran negeri.
 
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan beban jabatan pelajaran negeri.
Namun, jelas beliau, semua soalan percubaan itu perlu mendapat pengesahan daripada jabatan pelajaran negeri terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.
Banyak tugas yang perlu dilakukan jabatan pelajaran negeri dan kita fikirkan ini salah satu cara bagi membantu mengurangkan beban tugas mereka.
 
Kita akan seragamkan perkara itu di seluruh negara dan pihak sekolah yang bertanggungjawab menyediakan soalan percubaan peperiksaan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.
0 Komentar untuk "Sekolah buat soalan sendiri"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top