Info Putra Heights 2016

Saudi tahan 908 jemaah

Jeddah: Arab Saudi menahan 908 wanita Nigeria yang mahu mengerjakan haji sebaik tiba di lapangan terbang dan mahu menghantar mereka pulang kerana tidak diiringi suami atau saudara lelaki mengikut peraturan di Makkah.

Ini adalah kali pertama jemaah kemungkinan dihantar pulang berikutan isu pengiring lelaki, kata Suruhanjaya Haji Nigeria. Satu perjanjian di antara Arab Saudi dan Nigeria sebelum ini mengecualikan jemaah wanita membawa saudara lelaki untuk mengiringi mereka yang memerlukan biaya tambahan AS$4,000 (RM12,000) seorang.
Hingga kini, pegawai jemaah negeri dibenar untuk menggantikan saudara lelaki atau suami jemaah wanita.
0 Komentar untuk "Saudi tahan 908 jemaah"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top