Info Putra Heights 2016

NU timbang fatwa larang ahlinya bayar cukai

CIREBON, Jawa Barat 17 Sept. - Organisasi Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) sedang membuat pertimbangan untuk mengeluarkan fatwa melarang umat Islam terutama ahli-ahlinya daripada membayar cukai kepada pemerintah.
Cadangan mengeluarkan fatwa berkenaan dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan yang memiliki seramai 70 juta ahli itu, sebagai satu langkah yang disifatkan boleh mencegah amalan rasuah yang semakin berleluasa di negara ini.
 
Ancaman memboikot cukai dibahaskan pada Mesyuarat Nasional dan Persidangan NU di sini semalam.
"Membayar cukai sebenarnya tidak wajib dalam Islam, tetapi menjadi wajib kerana kami taat kepada pemerintah. Ia boleh dibayar, dengan syarat pemerintah harus memanfaatkan cukai itu untuk kesejahteraan rakyat," kata Ketua Umum NU, Prof. Dr. Said Aqil Siraj di sini.
0 Komentar untuk "NU timbang fatwa larang ahlinya bayar cukai"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top