Info Putra Heights 2016

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah di UiTM hari ini

MELAKA 7 Sept. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka akan menganjurkan kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Bola Raya 2012 bertempat di Padang Bola Sepak Unit Sukannya bermula pukul 8.30 pagi esok.
Kejohanan yang dikelolakan pelajar semester lima Diploma Komunikasi dan Media, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) itu akan disertai siswa yang tinggal di kolej-kolej dalam kampus dan pelajar yang tinggal di luar kampus.
Mereka terdiri daripada enam kolej dalam kampus dan dua kumpulan dari pelajar yang tinggal di luar kampus.
Juara kejohanan itu akan memenangi hadiah wang tunai RM300, pingat dan piala iringan manakala naib juara membawa pulang wang tunai RM200 beserta pingat.
Tempat ketiga pula akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM150 dan pingat.
Orang ramai dan peminat bola sepak dijemput hadir menonton dan memeriahkan lagi kejohanan itu.

0 Komentar untuk "Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah di UiTM hari ini"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top