Info Putra Heights 2016

Jaga sensitiviti agama

TERSENTUH perasaan umat Islam di seluruh dunia apabila filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam disiarkan.
Biarpun penyiarannya telah disekat di beberapa negara termasuk Malaysia daripada diakses melalui saluran YouTube, saya rasa tindakan penghasilannya amat tidak wajar dan patut dijatuhkan hukuman yang setimpal.
 
Sebagai orang Islam, saya tertanya-tanya mengapa mereka menghasilkan filem sedemikian sehingga alpa untuk menjaga sensitiviti masyarakat dunia yang berbilang kaum, terutama yang berkaitan dengan aspek agama serta budaya.
Adakah kerana pembikin filem kontroversi itu, Sam Bacile, kehabisan modal ataupun mereka sekadar berniat untuk mencabar kesabaran dan mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
 
Namun apa pun alasan yang diberikan Sam Bacile, jelas kandungan Innocence of Muslims menghina agama Islam.
Sepatutnya, sebagai pengarah filem yang waras dia perlu tahu had berkarya sekali gus menjaga sensitiviti agama lain.
 
Tetapi nampaknya dia tidak waras dan dengan kata lain, leka berkarya memburukkan nama sendiri dengan alasan hak kebebasan bersuara yang tidak boleh disekat.
Akhir kata, jangan sekadar berapi-api membantah filem Innocence of Muslims sahaja kerana filem tempatan pun apa kurangnya. Pulau sahaja filem yang tidak bermoral.
0 Komentar untuk "Jaga sensitiviti agama"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top