Info Putra Heights 2016

Agong mahu lebih ramai rakyat miliki PhD

KUBANG PASU 18 Sept. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini melahirkan hasrat untuk melihat lebih ramai rakyat di negara ini mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD).
 
Titah baginda, demi menjayakan perkara itu baginda menggesa agar semua pihak termasuk parti politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan masing-masing.
 
Katanya, kesedaran tentang kepentingan pendidikan sehingga ke tahap paling tinggi itu harus ditanam dalam jiwa rakyat pada usia kanak-kanak lagi.
"Berbanding sibuk berpolitik, lebih bermanfaat kepada negara jika parti politik dan NGO menjadikan ini sebagai agenda utama mereka.
"Untuk menjayakan hasrat ini, semua pihak perlu memainkan peranan. Kesedaran perlu diberikan di peringkat kanak-kanak betapa pendidikan boleh mengubah maju mundur, miskin hina seseorang," titah baginda yang juga Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Majlis Konvokesyen UUM Ke-25 Sesi 1 (Khas), di sini.
0 Komentar untuk "Agong mahu lebih ramai rakyat miliki PhD"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top