Info Putra Heights 2016

Tiga tahun belum hamil

SAYA sudah berkahwin selama tiga tahun tetapi masih tidak mempunyai anak disebabkan masalah hormon lelaki melebihi hormon perempuan (PCOS). Saya juga mengalami masalah berat badan berlebihan.
Sejak akhir-akhir ini, saya mengalami sakit pada tulang belakang di bahagian punggung. Sakitnya sangat menyengat dan kadang-kadang saya sukar hendak duduk atau baring di katil.
Biasanya, saya menghadapi masalah sakit tulang punggung ketika hendak datang haid.

Apakah punca sakit di bahagian yang tiada kaitan dengan haid? Harap doktor dapat memberi penerangan.

KATY,
Kuala Lumpur



Ada kemungkinan penyakit yang menyebabkan anda senggugut dulu, kini menjadi lebih kronik dan menyebabkan komplikasi lain pula contohnya pembentukan perlekatan di antara organ berhampiran sehingga menyebabkan kesakitan tanpa mengira waktu haid.

Tidak semua pesakit PCOS mempunyai masalah kesuburan, malah ada yang subur sehingga memerlukan kaedah pencegahan keluarga untuk mengehadkan bilangan anak.

Berat badan berlebihan pula sering dikaitkan dengan masalah kesuburan, lebih-lebih lagi jika termasuk dalam kategori obes (BMI melebihi 30kg/m2), ia juga meningkatkan risiko keguguran.

Wanita yang mengalami PCOS serta berat badan berlebihan pula lazimnya lebih sukar hamil dan memerlukan rawatan.

Berjumpalah pakar sakit puan kesuburan berhampiran untuk rawatan.
 
sumber: harian metro
0 Komentar untuk "Tiga tahun belum hamil"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top