Info Putra Heights 2016

Tahniah! Ustaz Don Kini Sah Bergelar Suami Kepada Husna (Gambar)

Tahniah! diucapkan kepada Ustaz Don Daniyal yang telah pun selamat bernikah pagi khamis. Kini Ustaz Don telah pun bergelar suami kepada Husna. Majlis pernikahan telah dilangsungkan dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran dari media.
 
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid begitu disayangi dan disenangi ramai, apatah lagi karaktornya mudah mesra serta peramah membuatkan siapa saja senang mendekati pendakwah muda ini.
Umurnya baru menjangkau 28 tahun, tapi anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini mempunyai banyak pengalaman menjadi penceramah bebas.
 
Pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir bagaimanapun sentiasa cuba mengelak untuk berbicara soal peribadi dan lebih suka berahsia kerana baginya soal percintaan dan perkahwinan biarlah diketahui oleh individu yang rapat dengannya saja.
 
 
tahniah atas pernikahan beliau dengan pelajar perubatan dari salah sebuah universiti di Mesir, Husna Zahry Rafie sebentar tadi.
Selamat Pengantin Baru Ustaz Don, semoga ikatan suci yang dibina kekal hingga ke akhir hayat, Amin
0 Komentar untuk "Tahniah! Ustaz Don Kini Sah Bergelar Suami Kepada Husna (Gambar) "

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top