Info Putra Heights 2016

Sembur racun ke mulut

KUALA LUMPUR: Disebabkan kerap dipukul, seorang wanita cuba mengubah pendekatan dengan lebih banyak membisu apabila suaminya marah, namun tindakan itu menyebabkan dia menerima deraan lebih teruk apabila mulutnya disembur dengan racun serangga.
Kejadian berlaku jam 10.30 malam kelmarin, di rumah mereka di Taman Bukit Segar, Cheras, di sini, dan mangsa yang berusia 26 tahun turut ditendang sebelum melarikan diri apabila suaminya cuba mencelup tangannya ke dalam kuali mengandungi minyak panas.
Menurut sumber, mangsa mendakwa sebelum kejadian, dia dijemput suaminya selepas habis waktu bekerja, namun sebaik saja masuk ke dalam kereta suaminya yang mabuk terus memukul kepalanya.

"Suami mangsa kemudian memarahi mangsa kerana tidak mahu berbual dengannya.
Mangsa yang ketakutan terus mendiamkan diri sebelum dibawa pulang ke rumah.
"Sumber berkata, sebaik tiba di rumah, mangsa bergegas ke dapur menyiapkan masakan untuk suaminya sebelum dia dipanggil ke ruang tamu dan suaminya bertanya kenapa dia seperti sudah berubah sikap.
0 Komentar untuk "Sembur racun ke mulut"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top