Info Putra Heights 2016

Muszaphar, Harlina Bakal Timang Anak Kedua

Pastinya di bulan Ramadhan ini, ramai yang mencari berita-berita gembira yang seronok dikongsikan bersama.
Tahniah kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang dikhabarkan bakal menerima anak kedua.
Berita gembira itu dikongsi oleh isteri beliau, Datin Dr Harlina Mohd Yunos yang kini hamil tiga bulan yang berkongsing saat manis itu menerusi blog beliau.

Harlina seolah-olah sukar untuk berahsia sesuatu berita yang gembira apabila beliau sangat teruja untuk berkongsi sekeping gambar ultrasound kandungannya yang kini berusia 3 bulan.
Beliau bersyukur kehadrat Illahi kerana dikurniakan zuriat buat kali kedua.
Pada masa yang sama, Harlina juga mengharapkan supaya kandungannya sihat, selamat dan berdoa supaya dikurniakan bayi lelaki.

Pasangan sama cantik sama tampan itu mendirikan rumahtangga pada 10 Oktober 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Sophea Isabella yang mesra dipanggil Bella yang kini berusia setahun.
Nampaknya, Bella akan menimang adik tidak lama lagi dan akan menjadi kakak.
Syabas buat Sheikh Muszaphar, Harlina serta keluarga

0 Komentar untuk "Muszaphar, Harlina Bakal Timang Anak Kedua"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top