Info Putra Heights 2016

Fakta Masjid Putra Heights

Info tentang Masjid Putra Heights
Nama: Masjid Putra Heights
Lokasi: Lot 62955 Persiaran Putra Indah, Mukim Damansara
Keluasan tanah: 4.5 ekar
Anggaran kos pembinaan: rm15 juta
Kapasiti Jemaah: 1000 + 1000 ruang tambahan
Rekabentuk: Moden (konsep bangunan hijau)
Fasiliti utama: dewan solat berkarper, kios perniagaan, rumah imam & quarters pekerja, ruang rekreasi, papan multimedia, sekolah tahfiz, bilik pengurusan jenazah, dewan serbaguna, ruang dapur.
Fakta-fakta penting masjid putra heights
1.      Jawatankuasa peembinaan masjid putra heights di tubuhkan pada oktober 2011 atas sokongan 4 buah surau sekitar Putra Heights & Saujana Putra.
2.      Dianggarkan jumlah penduduk Islam yang akan menggunakan masjid putra heights seramai 13 ribu orang Islam di Putra Heights dan 5 ribu  orang Islam dari Saujana Putra.
3.      Mengikut pelan bajet, masjid putra heights di jangka siap sebelum akhir tahun 2017.
4.      Usaha mengumpul dana pembinaan masjid putra heights sedang giat di adakan dan sehingga hari ni, jumlah terkumpul ialah rm62 ribu dan masih jauh dari jumlah yang diperlukan iaitu rm15 juta.
5.      Jabatan agama Islam Selangor telah meluluskan pembinaan masjid putra heighs JAI.Sel. BPM/01/023/82(2) dan kebenaran juga diberikan untuk menmungut derma menerusi surat kelulusan (2)MAIS/SI/BHB/01-3/009/4/1-36
6.      Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pengerusi jawatankuasa Pembinaan Masjid Putra Heights, Hj. Burhan Adnan ( 019-3866035)
Kempen 1rumah rm2000 untuk 2 tahun
“Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya Dan Dia sebaik Pemberi Rezeki” ( surah Saba 34:39 ).
Melalui kempen ini, sebanyak rm5 juta di harap dapat dikumpulkan.
Bagaimana nak menyertai kempen ni? Senang je. Beri sumbangan ke:
1.      Bank Islam ‘ Tabung pembinaan masjid putra heights ‘ 1215 9010 0069 31
2.      Maybank Islamic ‘ JK pembinaan masjid jamek putra heights ‘ 5623 6663 3818
“ Bandingan (derma) yang orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuuh tangkai tiap2 tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. (Al-Baqarah :261)
Sempene bulan Ramadhan ni, marilah kita sama-sama menderma ke tabung pembinaan Masjid Putra Heights.
0 Komentar untuk "Fakta Masjid Putra Heights"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top