Info Putra Heights 2016

Bantah tazkirah politik di masjid

 
SHAH ALAM – Kira-kira 50 orang berhimpun di pekarangan bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini bagi mendesak pihak berkuasa agama itu mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang memberi tazkirah berbau politik di masjid dan surau sepanjang Ramadan.
Mereka merupakan wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Ikatan Kebajikan dan Dakwa Selangor, Jalur Tiga (Jati) dan Gerakan Masyarakat Prihatin Selangor (GMPS).
 
Satu memorandum berhubung perkara tersebut yang ditandatangani oleh setiap wakil NGO turut diserahkan kepada Pemangku Timbalan Pengarah JAIS, Mohd. Shahzihan Ahmad.
 
Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, desakan itu dibuat selepas pihaknya menerima beberapa aduan mengenai wujudnya usaha untuk membawa pengaruh politik ke masjid dengan menjemput ahli politik yang tidak bertauliah bagi menyampaikan tazkirah
 
 
0 Komentar untuk "Bantah tazkirah politik di masjid"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top