Info Putra Heights 2016

Rumah Sharifah Shahira Dipecah Masuk

 SUBANG JAYA – Pelakon dan pengacara terkenal, Sharifah Shahira kerugian hampir RM1,500 apabila rumahnya di Jalan G3, Taman Melawati, dipecah masuk lewat malam kelmarin.
Kejadian disedarinya kira-kira jam 2.30 pagi selepas beliau pulang ke rumah dan mendapati pintu balkoni di tingkat bawah rumah dua tingkat semi-D dihuni diumpil.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, ketika kejadian hanya anak dan pembantu rumah selebriti itu berada di kediamannya.
Menurutnya, sebaik pemeriksaan dilakukan selebriti itu mendapati bilik tidur utama dipecah masuk dan suspek melarikan mata wang asing Indonesia serta barang kemas bernilai RM1,500.
Amiruddin berkata, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suspek dipercayai memecah masuk ke rumah mangsa jam 10.40 malam dan beberapa kesan cap jari ditemui.
Katanya, berdasarkan rakaman CCTV jelas kelihatan bayangan seorang lelaki dipercayai warga tempatan dan kes berkenaan akan disiasat secara menyeluruh.
 
Sharifah Shahira
"Suspek hanya memecah masuk bilik tidur utama dan tiada sebarang kejadian lain dilaporkan," katanya laporan dibuat suami mangsa di Balai Polis Taman Melawati jam  7.30 pagi, semalam.
Sementara itu, dalam perkembangan lain polis menemui kereta Proton Waja yang digunakan sekumpulan suspek dipercayai berkaitan kes samun 11 dulang emas membabitkan kerugian hampir RM1 juta di sebuah kedai emas di Pasaraya Giant, Batu Caves, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kenderaan itu ditemui jam 5 petang di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kepong.
"Polis akan membuat pemeriksaan rakaman CCTV di stesen berkenaan dan setakat ini beberapa kesan cap jari ditemui dalam kenderaan itu," katanya semalam.
0 Komentar untuk "Rumah Sharifah Shahira Dipecah Masuk"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top