Info Putra Heights 2016

Melarikan Diri Ke Bali, Gambar Bukti Norish Karman Lahirkan Anak?

Khabar angin kononnya Norish Karman telah melahirkan anak luar nikah mula berterbangan sejak hujung tahun lalu. Waktu itu, dia dikatakan telah melarikan diri ke Bali, Indonesia untuk melahirkan anaknya.
Walaupun ibu tunggal kepada tiga orang anak itu pernah tampil di media untuk membidas gosip liar tersebut, namun masih ada pihak yang skeptikal.
Kemudian, pada Mac tahun ini, Norish muncul di Melodi untuk menjawab persoalan wartawan tentang kesahihan cerita kehamilannya.
 
"Saya tidak perlu terangkan apa-apa. Sama ada saya berkahwin, bercerai atau ada anak atau tidak, saya tidak perlu jelaskan. Kenapa cakap saya pergi Bali, kenapa tidak pergi Hawaii atau tempat yang lebih jauh? Bagi saya apa yang orang kata tentang saya, ia tidak memberi sebarang makna kepada saya."
Terbarunya, blog Rotikaya hari ini telah menyiarkan beberapa kepingan gambar yang diambil dari forum CARI dengan tajuk entri 'Gambar Di Hospital Mula Tersebar, Norish Karman Lahirkan Anak Siapa?'
Jika benar wanita di dalam gambar itu adalah Norish Karman dan bayi di dakapan ialah anaknya, belum terlambat rasanya untuk GUA mengucapkan tahniah kepada Norish atas kelahiran cahayamatanya yang sudah pun berusia sembilan bulan, jika mengikut pada tarikh di salah satu gambar yang disiarkan.
GUA turut berharap satu hari nanti, Norish akan dapat tampil menjelaskan keadaan bagi mengelak daripada sebarang tuduhan dan syak wasangka orang ramai.
0 Komentar untuk "Melarikan Diri Ke Bali, Gambar Bukti Norish Karman Lahirkan Anak?"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top