Info Putra Heights 2016

Konsep Baru Diperkenal, Makan Sambil Menonton Wayang

Bagi yang gemar menonton wayang pasti tidak melepaskan peluang menyaksikan filem yang digemari walaupun terpaksa beratur panjang untuk membeli sekeping tiket.
Namun anda yang ingin merasai pengalaman berlainan, ada pawagam yang mula menyajikan suasana ala-ala VVIP seperti kerusi mewah dan makanan.
Itulah konsep yang diterapkan oleh dua buah panggung wayang iaitu Golden Screen Cinema (GSC) Signature di Midvalley City, Kuala Lumpur
Tampil berbeza, pelanggan pawagam eksklusif GSC bagi perkhidmatan Gold Class pastinya anda teruja jika menikmati hidangan di atas sofa yang empuk dan selesa, malah anda juga dibekalkan dengan selimut dan bantal.
Tiket berharga RM 70 hingga RM 75.
 
 
Dalam pada itu bagi yang ingin berkunjung di Lotus Five Star (LFS) Cineplex, yang terletak di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya, Selangor, pawagam ini pula menggabungkan panggung wayang dan restoran mamak dibawah satu bumbung.
Pawagam ini juga menawarkan dua buah bilik bagi anda yang ingin menonton filem Tamil yang disertakan sarikata Bahasa Inggeris.
Justeru itu anda boleh beristirehat malah kemudahan kafe mini membolehkan anda memesan makanan kegemaran anda.
Terdapat pelbagai menu yang tersedia. Harga tiket pula bermula daripada RM6 hingga RM12.
0 Komentar untuk "Konsep Baru Diperkenal, Makan Sambil Menonton Wayang"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top