Info Putra Heights 2016

Bekas Presiden Fifa, Bekas Menantu Terima Rasuah RM45j

 
GENEVA – Bekas Presiden Fifa, Joao Havelange dan ketua bola sepak Brazil, Ricardo Teixeira menerima lebih RM45 juta daripada sebuah syarikat pemasaran yang sudah pun gulung tikar, demikian menurut dokumen yang didedahkan di mahkamah Switzerland semalam.
Havelange yang berusia 96 tahun menerima sekurang-kurangnya 1.5 juta Swiss franc (AS$1.53 juta atau RM4.5 juta) manakala Teixeira, bekas menantunya, dibayar sekurang-kurangnya 12.4 juta Swiss franc (AS$12.64 juta atau RM40.3 juta).
Bayaran itu yang dibuat oleh International Sport and Leisure (ISL), diperincikan dalam penghakiman dibuat oleh mahkamah agung Switzerland, yang turut disiarkan menerusi laman web rasmi Fifa.
ISL, belas rakan pemasaran rasmi bagi Fifa dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), diisytiharkan muflis pada 2001 ekoran hutang dalam lingkungan AS$300 juta.
 
Bekas Presiden Fifa, Joao Havelange
 
Havelange berundur sebagai Presiden Fifa pada 1998 selepas menerajui Fifa selama 24 tahun.
Beliau masih merupakan Presiden Kehormat Fifa.
Beliau meletakkan jawatan sebagai anggota IOC Disember lalu atas alasan kesihatan. Keputusan meletakkan jawatan itu dibuat beberapa hari sebelum tindakan dikenakan oleh jawatankuasa etika IOC ekoran pendedahan penerimaan bayaran oleh ISL kepada pemimpin-pemimpin kanan pertubuhan sukan.
Teixeira pula dipaksa melepaskan jawatannya dari jawatankuasa eksekutif Fifa dan ketua jawatankuasa penganjuran Piala Dunia 2014 Brazil awal tahun ini apabila menyedari laporan mengenai skandal itu sudah mahu terbit.
 
Kedua-duanya cuba untuk menghalang penerbitan itu di mahkamah Switzerland.
Dalam pada itu, Fifa dalam kenyataannya menerusi laman web menegaskan pihaknya "senang" apabila dokumen-dokumen itu didedahkan kepada umum.
Kenyataan itu menambah, nama  Havelange dan Teixeira disebutkan dalam dokumen manakala Presiden semasa, Sepp Blatter tidak ada.
0 Komentar untuk "Bekas Presiden Fifa, Bekas Menantu Terima Rasuah RM45j"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top