Info Putra Heights 2016

WWW 1 Khas Untuk Kereta Proton

WWW 1 Khas Untuk Kereta Proton! Nombor pendaftaran WWW1 sebelum ini yang hangat kerana mencatat rekod bidaan paling tinggi dalam sejarah dan dipertikaikan oleh beberapa golongan akhirnya digunakan untuk sebuah kereta Proton.
 
Menurut beberapa sumbar, Sultan Ibrahim Ibni AlMarhum Sultan Iskandar telah memutuskan untuk meletakkan nombor WWW 1 itu pada sebuah kereta Proton yang baru baginda beli. Kereta Proton tersebut adalah sebuah kereta yang ditempa khas oleh Sultan Ibrahim untuk kegunaan salah seorang putera baginda.
 
WWW1 DiGuna Keatas Kereta Proton
 
Kereta Proton tersebut difahamkan telah dibeli oleh Sultan Ibrahim beberapa bulan yang lalu tetapi masih belum membawanya pulang ke Johor Baharu. Mengikut informasi, kereta Proton berkenaan akan tiba di Istana Pelangi, Johor Baharu dalam tempoh seminggu lagi.
Kereta Proton tersebut dikatakan sedang mengalami proses pengubahsuaian hiasan dalaman sebelum diserahkan kepada Sultan Ibrahim.
 
Sultan Ibrahim juga dikenali sebagai seorang pengemar dan pengumpul kereta sports dan juga motosikal berkuasa tinggi. Baginda juga gemar mengumpul nombor-nombor plat yang memiliki satu digit antaranya yang dimiliki oleh baginda ialah JJJ 1, JJ 1 dan JJ 2.
0 Komentar untuk "WWW 1 Khas Untuk Kereta Proton"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top