Info Putra Heights 2016

Wang Dan CCTV Restoran Makanan Segera Dicuri

KANGAR – Sebuah restoran makanan segera di sini terpaksa menanggung kerugian selepas kejadian samun premis terbabit, pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kejadian itu disedari oleh pembantu pengurus restoran itu kira-kira jam 7 pagi.
Menurutnya, sebelum pulang pembantu pengurus restoran itu telah menutup akaun dan memasukkan wang jualan pada hari berkenaan ke dalam peti besi pejabat.
"Menurut maklumat, sebelum pulang pengadu telah menyimpan wang jualan hari berkenaan ke dalam peti besi pejabatnya dan telah memastikan semua pintu dikunci serta berada dalam keadaan baik.
 
 
Pelanggan ingin menikmati hidangan terpaksa membatalkan niat kerana restoran terbabit ditutup beberapa jam sehingga siasatan selesai dijalankan.
 
"Difahamkan setelah pengadu dimaklum pejabat dipecah masuk dan peti besi mereka dipecahkan, wang RM4,500 di dalamnya juga didapati tiada dipercayai dicuri," katanya.
Abdul Rahman berkata, suspek dipercayai memanjat belakang bangunan restoran dan masuk melalui pintu di tingkat atas yang dikatakan telah rosak sejak 20 Mei lalu.
Menurutnya, suspek kemudiannya dipercayai turun ke pejabat sebelum mengumpil pintu pejabat sebelum memecahkan peti besi yang menjadi tempat simpanan wang syarikat.
"Turut diambil suspek ialah kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes terbabit akan disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah masuk," katanya.

0 Komentar untuk "Wang Dan CCTV Restoran Makanan Segera Dicuri"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top