Info Putra Heights 2016

Tips Makan Di Restoran Fast Food (Menarik!)

 
 
Makanan segera yang terdapat di restoran seperti KFC, McD, dan sebagainya cukup popular di kalangan penduduk dunia. Namun perkara tersebut tidak boleh dijadikan sebagai satu amalan harian dalam pemakanan.
Sudah pasti anda pernah pergi ke restoran makanan segera seperti KFC, McDonald, Pizza Hut dan sebagainya. Namun dalam keghairahan anda itu menikmati makanan di restoran makanan segera, ada tips dan panduan yang perlu diikuti. Apa tips yang dimaksudkan tersebut?
 
Panduan makan di restoran makanan segera..
1. Hindarkan daripada mengambil makanan yang bergoreng. Pilihlah hidangan yang dibakar atau dipanggang.
2. Jika anda memesan makanan yang digoreng, buang lebihan minyak yang terdapat padanya dengan cara mengesat dengan tisu serapan.
3. Pesan piza yang mengandungi cendawan, bawang dan lada  hitam berbanding dengan sosej ataupun daging.
4. Sekiranya memakan salad, seboleh-bolehnya elakkan daripada dressing seperti mayonees dan lelemak sayuran yang lain. Pilih sayur dan buah-buahan segar dalam salad.
5. Jangan sekali-kali menambah garam pada makanan kerana kebanyakan hidangan dihasilkan mengikut kadar garam yang telah ditetapkan.
6. Minta susu skim atau susu rendah lemak, jus buah-buahan atau sekadar air putih bgi menggantikan susu kocak serta minuman bergas seperti lazimnya.
7. Sebagai penambah perisa di dalam kopi yang anda pesan, gunakan susu rendah lemak dan bukannya krimer mahupun gula.
8. Elakkan daripada memakan kek, pastri dan pencuci mulut yang ternyata tinggi dari segi kalori dan kadar lemak.
Moga tips ini membantu anda.
1 Komentar untuk "Tips Makan Di Restoran Fast Food (Menarik!)"

Hello,
Selamat datang ke kewangan global terhad, telah mengambil pinjaman peribadi dengan Global Finance adalah mudah pada kadar faedah hanya 2%. Pinjaman peribadi bercagar atau tidak bercagar untuk bercuti, pengubahsuaian rumah, kereta jenama baru atau untuk perniagaan anda. Pasukan kami adalah profesional yang komited dan berpengalaman yang berada di sini untuk memberikan anda perkhidmatan yang tiada tandingannya. "Marilah kita memberikan anda pilihan" .contact kami hari ini untuk pinjaman anda melalui e-mel: emilianawilson11@gmail.com

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top