Info Putra Heights 2016

Saham Felda ke 2 Terbesar selepas Facebook... wow

Saham Felda Kedua Terbesar Selepas Saham Facebook ! Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) semalam melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) yang terbesar di Asia pada tahun ini dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook yang membabitkan 2.19 bilion saham.
 
Saham Felda Kedua Terbesar Selepas Saham Facebook
Majlis Pelancaran FGVH
 
Daripada jumlah terbabit, FGVH selaku operator ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia akan menawarkan 1.92 bilion saham untuk langganan pelabur institusi termasuk 1.5 bilion kepada institusi dan pelabur terpilih tempatan serta luar negara.
 
Sebanyak 419.54 juta lagi saham kategori itu diperuntukkan untuk institusi Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pada masa yang sama, sebanyak 273.6 juta saham atau 7.5 peratus akan dikhususkan untuk pelabur awam.
 
Datuk Seri Najib Tun Razak, perdana menteri Malaysia berkata, daripada 273.61 juta saham untuk langganan pelabur awam itu, sebanyak 200.65 juta saham atau lebih 70 peratus bakal diagihkan kepada peneroka dan kakitangan Felda serta individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan Felda.
 
Menurut beliau lagi, baki 72.96 juta saham akan ditawarkan untuk orang awam. Peratus agihan yang tinggi itu membuktikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan menggunakan penyenaraian itu untuk memanipulasikan golongan peneroka adalah tidak benar.
0 Komentar untuk "Saham Felda ke 2 Terbesar selepas Facebook... wow"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top